Tuesday 19 January 2016

HUTANG,,,,

Hutang…hutang…hutang.  Beringatlah sebelum kita terjebak dalam hutang. Berbelanjalah mengikut kemampuan bukannya kemahuan. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Walaupun kemana sahaja kita pergi, anak mata serta corong telinga kita pastinya tidak terlepas daripada melihat dan mendengar perkataan hutang.

Boleh dikatakan setiap saat, setiap minit, setiap jam dan setiap hari ada sahaja individu yang berhutang. Kenapa kita perlu berhutang? Adakah dengan berhutang, kita mampu memperoleh apa sahaja yang kita hajati demi memenuhi impian hidup kita? Amankah kita dengan menanggung bebanan hutang sepanjang hayat kita? Adakah, hakikat untuk hidup dengan aman dan tenteram, kita perlu berhutang? Dalam keadaan semasa ini, kita dapati lahirnya ramai individu termasuklah segelintir kakitangan kerajaan yang berhutang dalam segala urusan seperti dalam urusan pembelian tanah, pembelian rumah,pembelian kereta serta membuat pinjaman peribadi daripada institusi-institusi pemberi pinjaman seperti bank dan koperasi. Apa yang menjadi lebih malang adalah apabila terdapat segelintir individu yang berkemampuan untuk membuat pembelian secara tunai tidak berbuat demikian sebaliknya lebih gemar untuk berhutang. Punca utama yang menyebabkan perbuatan berhutang ini berlaku adalah disebabkan oleh ceteknya ilmu pengetahuan berkenaan bahayanya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Berdasarkan kepada Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang telah diwartakan pada 25 November 1993 dan pindaannya pada 20 Jun 2002, semua pegawai dan kakitangan kerajaan dilarang berada dalam keadaan keterhutangan kewangan yang serius. Keterhutangan kewangan yang serius ini ditakrifkan apabila jumlah hutang yang tidak bercagar melebihi daripada 10 kali emolumen bulanan seseorang pegawai atau kakitangan. Ini bermaksud baki gaji akhir yang diterima oleh pegawai atau kakitangan berkenaan adalah kurang daripada 40% setelah ditolak potongan ke atas pinjaman tidak bercagar atau hutang serta potongan bukan berbentuk simpanan. 

Warga MOA pun tidak terkecuali daripada masalah berhutang. Harap-harap ianya  masih lagi berada dalam keadaan yang terkawal.  Walaubagaimanapun, analisa penyata gaji boleh diperolehi daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) jika mahu disemak!!! Buat masa ini tidak perlu kot!
 


Sudah semestinya kita tidak boleh membuat pinjaman yang baru sekiranya kita berazam dan berusaha untuk bebas daripada masalah keterhutangan. Cara yang paling mudah untuk bebas daripada hutang adalah dengan tidak berhutang.  Bunyinya memang mudah tetapi bagaimana untuk mengawal nafsu daripada membuat pinjaman atau berhutang?   Caranya ada, cuma kita perlu mengetahui teknik pengurusan kewangan dengan bijak.  Terdapat beberapa langkah yang perlu kita ketahui dan harus dilakukan secara berterusan bagi memastikan kita tidak membuat atau menambah lagi pinjaman atau berhutang.Semakin banyak langkah yang diambil, semakin hampir kita memiliki wang yang banyak untuk perbelanjaan seharian.
Mereka yang hidup tanpa berhutang pastinya tidak akan merasakan apa-apa bebanan untuk terus hidup. Mereka juga tidak perlu mengorbankan apa-apa hak peribadi mereka. Bagi memastikan perbelanjaan kita masih dalam berkemampuan, sebahagian daripada kemahuan kita perlu dikorbankan.

Sekiranya kita benar-benar mahu mengawasi perbelanjaan seharian kita supaya tidak melebihi had yang ditetapkan, semakin cepatlah kita akan dapat menyelesaikan hutang kita. Ini kerana semakin banyak baki gaji yang dapat kita simpan dan semakin banyak wang yang akan kita gunakan untuk menyelesaikan pinjaman kepada institusi pemberi pinjaman yang berkenaan.

Oleh itu, demi menyelesaikan hutang, kita tidak perlu hidup dalam suatu keadaan yang boleh membuatkan kita tertekan untuk melaluinya. Berbelanjalah dalam keadaan yang serendah yang mungkin tetapi masih bernafas dengan secukup-cukupnya untuk satu jangka masa sehingga semua pinjaman dapat diselesaikan.
 

 
Di sunting oleh: Nursyuhada bt Kamil

 

1 comment:

  1. Saya di sini untuk berkongsi kesaksian saya tentang apa yang dilakukan syarikat pinjaman yang dipercayai untuk saya. Nama saya Nikita Tanya, dari Rusia dan saya ibu yang cantik dari 3 kanak-kanak saya kehilangan dana saya untuk mendapatkan pinjaman yang sangat sukar untuk saya dan anak-anak saya, saya pergi ke talian untuk mencari bantuan pinjaman semua harapan adalah hilang sehingga satu hari yang setia ketika saya bertemu kawan saya yang baru-baru ini memperoleh pinjaman dari Perkhidmatan Pendanaan Le_Meridian Dia memperkenalkan saya kepada syarikat pinjaman yang jujur ini yang membantu saya mendapat pinjaman dalam masa 5 hari kerja, saya akan berterima kasih untuk selama-lamanya kepada Bapak Benjamin, kerana membantu saya kembali berjalan kaki. Anda boleh menghubungi Encik Benjamin melalui e-mel: lfdsloans@lemeridianfds.com, mereka tidak tahu saya melakukan ini untuk mereka, tetapi saya hanya perlu melakukannya kerana ramai orang di luar sana yang memerlukan bantuan pinjaman sila datang ke syarikat ini dan selamatkan. Watsats: (1 989-394-3740)

    ReplyDelete